Sabtu, 9 Jun 2012

Dedikasi Buat Sahabat-Sahabat jqaf 2011

9/6/2011. Majlis Perpisahan pelajar KPLI j-QAF 2011, di surau An-nur Ipg Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Bismillahirrahmanirrahim....
Memandangkan semua orang dah lapar, tak dptlah nk trskan hjt utk berucap, jadi dikesempatan ini sy coretkan sebuah dedikasi khas buat sahabat-sahabat semua buat peringatan untuk diri sendiri dan peringatan bersama, InsyaAllah.

Pertama: Tajdidkan niat kita semua Lillahi ta'ala..bukan sekadar utk mndpt gj yg tggi, utk kebanggaan atau menunjuk-nunjuk. Niat yang baik dengan tulus dan ikhlas akan sentiasa dibantu Allah dlm mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba, Bi Iznillah 

Kedua: nk ckp pasal penampilan seorg ustaz dan ustazah. Jglah pnmpilan diri kita walau di mn kita berada. Tidak semestinya perlu bertudung labuh atau berkopiah kerana iman seseorg itu bukanlah diukur dr labuhnya tudung seseorg itu atau kerap berkopiah, namun pnmpln luaran itu boleh mencerminkan keperibadian dlmn seseorang malahan menjadi benteng buat kita dari melakukan perkara-perkara yg tidak baik.Betul X??? Sama2lah kita mnjd seorg yg soleh dan solehah yerr. Ameeen

Ketiga: khairunnas anfa'ahum linnas iaitu sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat pada orang lain. Di mana sahaja kita dicampakkan, jadilah kita seperti biji benih yg subur yg blh mengeluarkan hasil yang bermanfaat. Kelak kita pasti disanjungi dan dikenang sampai bila-bila.Kutiplah mutiara-mutiara hikmah yang ada di sini. La Yukallifullahu nafsan illa wus'aha, Allah tidak akan membebani hambanya melainkan sesuai dengan kemampuan hambanya. Yakinlah pada diri yang anda semua boleh menempuhinya. Takbir!!!

Keempat: Bila berhadapan dengan masyarakat kita akan dihujani pelbagai fikrah dan persoalan, namun carilah titik persamaannya dan bukan titik perbezaan yang hanya kan mendatangkan perbalahan dan pergaduhan yang akhirnya mendatangkan kemudharatan pada diri sendiri. Hormat- menghormati pandangan orang lain selagi mn tdk bertentangan dengan syariat Islam itu sangat perlu. Ustaz Ustazah, Bangkitlah berganding bahu, besatu hati dalam meneruskan perjuangan Baginda kita Nabi Muhammmad S.A.W dlm menyampaikan dakwah Islamiyah. Islam Pasti Maju jika Umat Islam bersatu.

Kelima: Saya selaku candidate kpli j-qaf (BA) 2011, memohon ampun dan maaf andai pernah mengguris hati mn2 pihak. Jutaan terima kasih diucpkan kpd shbt2 seperjuangn semua selama kita di sini, tanpa kalian semua, mungkin saya tak kuat utk mnrskan perjuangan ini. Jazakallhu khairan Jaza', InsyaAllahul Jannah.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan dan kedhaifan diri saya sendiri, Wallahu Ta'ala A'lam.


Jumaat, 18 Mei 2012

Selamat Hari Guru

>>>Selamat Hari Guru<<<

“Kami bangga menjadi guru
Kerjaya di hormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi”

            Petikan lirik lagu IPG Malaysia penyuntik semangat kepada warga pendidik untuk berkhidmat kepada masyarakat, agama dan Negara, seringkali terngiang-ngiang di telinga.  Mulianya seorang guru yng berjuang untuk mendidik, mengajar dan mentarbiah anak bangsa agar menjadi orang yang berilmu pengetahuan dan berguna di masa hadapan. Sepertimana kata-kata yang mengungkapkan “ Jika kita bercita-cita menjadi jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya kerana 74% jutawan di dunia ini adalah ahli perniagaan. Jika bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan medannya. Jika bercita-cita menjadi jutawan di akhirat, jadilah seorang guru kerana jalannya terbentang luas”.  Jelaslah di sini yang mana dari seorang guru biasa bakal melahirkan generasi  yang luar biasa. Besarnya pengorbanan dan jasa guru dalam profesion perguruan  untuk merealisasikan matlamat Negara.

            Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain. Inilah perbandingan yang kerap kita dengar. Perbandingan ini menyarankan guru “memusnahkan” diri sendiri demi kepentingan pihak lain. Tegasnya, Perbandingan ini menggambarkan kehebatan “pengorbanan”  seorang guru.  Namun kini,“Guru ibarat bulan, menerima dan memberi cahaya lebih tepat digunakan. Guru sejati mesti terus menimba ilmu dan berterusan mencurahkan ilmu tanpa jemu”.  Sepertimana hakikat kejadian yang Maha Pencipta bulan purnama yang memang bercahaya. Jadi, apabila kita memilih bulan purnama, cahaya sudah ada. Cahaya itu dibalikkan daripada suria. Bulan menerima cahaya daripada suria, dan memancarkan cahaya itu kepada bumi dan manusia sejagat.
           
Hanya orang yang tidak tahu menilai profesion perguruan sahaja yang berkata kerja guru mudah, malahan kerja cikgu ni bukannya mudah seperti yang di gembar gemburkan kerana jika kita berfikir kembali sewaktu pertandingan bola, cikgu yang menjadi Referee. Sewaktu pelajar mahu bertanding apa-apa acara, cikgu yang menjadi Jurulatih. Sewaktu aktiviti Kemahiran Hidup, cikgu  yang menjadi Petani. Sewaktu kutip yuran sekolah, cikgu yang menjadi  Akauntan. Sewaktu memberi RMT (rancangan makanan tambahan),  cikgu yang menjadi Pelayan. Sewktu budak sakit, cikgu yang menjadi Doktor. Sewaktu aktiviti ceramah, cikgu yang menjadi Motivator. Sewaktu hias kelas, cikgu ynag menjadi Pelukis seni. Sewaktu persembahan hari guru,cikgu yang menjadi Komposer. Sewaktu membaiki kerusi rosak, cikgu yang menjadi Tukang kayu. Sewaktu budak muntah atau buang air di dlm kelas. Cikgu yang  menjadi Tukang cuci.. Sewaktu budak mencuri, cikgu yang menjadi Detektif. Sewaktu budak membuat persembahan,  cikgu yang  menjadi Photographer.  Sewaktu perkhemahan, cikgu yang menjadi Tentera. Sewaktu hari kantin sekolah, cikgu yang menjadi Peniaga pasar malam. Sewaktu hari Guru,  cikgu yang menjadi Penyanyi. Sewaktu gotong- royong sekola,  cikgu yang menjadi  Tukang kebun.  Sewaktu masuk waktu solat, cikgu yang menjadi Tok imam. Sewaktu  ibu bapa pelajar yang  ambil lambat, cikgu yang menjadi Baby sitter. Sewaktu  budak bergaduh,  cikgu yang menjadi Hakim mahkamah.  Sewaktu pelajar  sakit kecemasan, cikgu  yang menjadi Pemandu ambulans. Sewaktu merentas desa. cikgu yang  menjadi Polis trafik. Sewaktu pelajar sedih,  cikgu yang menjadi pelawak. Secara tidak langsung guru banyak memainkan peranan di sekolah dan bukan hanya sekadar masuk kelas dan mengajar sahaja.

            Wajarlah dikatakan profesion perguruan ini sangat mulia dari pelbagai sudut dan aspek kehidupan. Sehubungan dengan itu, sambutan Hari Guru, penghargaan dan penghormatan buat guru akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat.  Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan amatlah berharga untuk membentuk generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Gurulah segalanya yang bakal mencorak pelajar dan melenturnya ke arah kebenaran dan kebaikn demi masa depn yng cerah dan sempurna.

 @@@Selamat Hari Guru Kepada Semua@@@ 

Rabu, 9 Mei 2012

~Bermain Dengan Angka~


BERMAIN DENGAN ANGKA

Ø  Tuliskan nombor rumah anda

Ø  Kemudian darabkan nombor tersebut dengan angka 2

Ø  Selepas itu campurkan jawapan yang didapati daripada hasil darab tadi dengan angka lima

Ø  Darabkan pula hasil campuran itu dengan angka 50

Ø  Cuba campurkan jumlah yang didapati daripada kiraan tadi dengan umur anda

Ø  Kemudian tolakkan isi yang didapati tadi dengan 250

Ø  Cuba perhatikan betul-betul jawapan yang anda dapati itu. Anda akan mendapati bahawa 2

Ø  nombor di sebelah kanan adalah umur dan 2 nombor di sebelah kirin nombor rumah anda


~Selamat Mencuba~

Sabtu, 5 Mei 2012

Motivasi Minda

 

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;  "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Al-Quran; Al-Ikhlaas : 1-4)

MOTIVASI DIRI

1.         Hari ini saya bertekad untuk bahagia. Ini akan saya buktikan melalui keikhlasan hati. "Sesungguhnya kebanyakan orang berbahagia bila mereka menghendaki kebahagiaan dalam fikirannya". Kebahagiaan berasal dari dalam diri manusia itu sendiri dan bukan dari luar.

2.         Hari ini saya mahu menyesuaikan diri dengan kenyataan yang ada dan tidak menuruti kemahuan saya sewenang-wenangnya. Saya akan menyesuaikan diri saya dengan keluarga saya, pekerjaan saya serta tanggungjawab yang diamanah kepada saya.

3.         Hari ini saya mahu memelihara badan saya sebaik-baiknya, saya akan merawatnya, menjaganya, mengembangkannya dan tidak mahu menyalahgunakan atau melalaikan diri saya dari Tuhan Yang Maha Esa sehingga badan saya menjadi 'Mesin' yang sempurna untuk membahagiakan hidup saya.

4.         Hari ini saya mahu memperkuatkan fikiran saya. Saya akan mempelajari sesuatu yang berguna. Saya tidak akan menjadi orang yang berjiwa lemah. Saya akan membaca sesuatu yang memerlukan usaha, fikiran dan tumpuan.

5.         Hari ini saya mahu melatih jiwa saya dengan tiga cara. Saya akan berbuat baik, tidak berperasangka buruk serta mencari kekurangan-kekurangan orang lain.

6.         Hari ini saya mahu bersikap wajar. Saya akan bertingkah-laku seperti yang sepatutnya. Saya akan bersiap secepat mungkin dan serapi-rapinya. Saya akan bertutur secara perlahan-lahan, berindak sopan dan bersikap rendah diri. Saya tidak akan mengkritik atau mencari kesalahan-kesalahan orang lain.

7.         Hari ini saya tidak mahu hidup untuk hari ini sahaja. Saya tidak akan mengatasi dan menyelesaikan semua masalah sekaligus. Hal-hal yang boleh saya selesaikan selama dua belas jam ini, akan saya selesaikan semuanya, sebab kalau saya terus biarkan, akibatnya sungguh mengerikan sekali.

8.         Hari ini saya mahu membuat rancangan. Setiap apa yang saya lakukan pada setiap waktu, saya catatkan di atas kertas. Saya tidak mungkin akan mengikut rancangan tersebut seperti yang telah tertulis , tapi hakikatnya saya memiliki rancangan tersebut. Dengan rancangan ini, dua perkara yang boleh saya hindari, yakni terburu dan tidak bertujuan.

9.         Hari ini dan seterusnya saya mahu meluangkan masa untuk lima waktu yang wajib, dan setengah jam untuk beristirehat, antara lain saya akan memikirkan tentang Tuhan iaitu Allah Yang Maha Esa berpandukan Al Quran dan Hadis, untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai makna hidup saya.

10.        Hari ini saya tidak mahu berasa takut, terutama tidak mahu takut untuk bahagia, untuk menikmati yang indah, untuk mencintai dan meyakini bahawa yang saya cintai itu juga akan mencintai saya.


Bila kita ingin mengembangkan sikap mental kita sehingga mendapatkan kedamaian dan kebahagiaan , gunakanlah petunjuk no. 1 ini iaitu:
Berfikir dan bertindaklah dengan rasa senang yakni bukan kerana paksaan, sebab dengan demikian anda akan berasa aman, damai, tenteram dan di restui Tuhan. Insyaallah.

                                                                                                           





Jumaat, 27 April 2012

Suka Duka Praktikum

Alhamdulilah...Alhamdulillah...Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi, akhirnya sempurnalah tempoh Praktikum di SK Merpati Sandakan. Bermula dr penyeliaan guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan akhirnya telah dicalonkan dan selamat direntas hari ini yang menutup tirai praktikumku ini. Sesi rentasan yang agak menarik bersama Ketua Jabatan HEP IPG Kampus Gaya iaitu En.Ibrahim bin Ismail. Sesi perbincangan dan soal jawab yang sangat-sangat bermanfaat buat diriku yang masih belajar dan terus belajar. Namun begitu aku merasakan kata-kata yang diberikan seperti seorang ayah kepada anaknya, syukran Ya Rabb kerana hadirkan kpdku seorg yg blh ku anggap ayah, sedikit sebanyak terubat rindu pada Abah nun jauh di Semenanjung.

Segala suka duka yang ku lalui bermula dari penyediaan Rancangan Pengajaraan Harian(RPH),Fail Portfolio Praktikum, Bahan Bantu Mengajar dan Persediaan Fizikal dan Mental akhirnya dapat ku tempuhi dengan jayanya. Ditambahnya lagi tugasan-tugasan di sekolah yang perlu dilaksanakan segala taklifan-taklifan yang ku kira menguji kesabaran fizikal dan Mental, namun dapat jua ku tempuhinya dengan tenang dan sabar, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jatuh bangunku, jerit perih,titisan airmata serta dugaan dan ujian dariMu ini cukup Mentarbiah diri ini yang sering kali alpa dan leka.

 Allah sebaik-baik tempat memohon dan mengadu, namun suka bagiku untuk berkongsi sesuatu yang ku kira dapat memberi manfaat buat semua. Sebaik-baik manusia adalah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Sepanjang Praktikum ini, banyak yang telah ku pelajari antaranya cara menjiwai kehendak dan keperluan murid-murid dengan penuh kesabaran, keikhlasan, kasih sayang, ketegasan dan bukan kekerasan, keprihatinan, kepekaan dan kebijaksanaan dalam mengurus dan menangani segala masalah yan timbul.

Hasil perbincangan dengan KJ akhirnya adalah beberapa benda baru yang aku pelajari antaranya:-

1. Bagaimana menguruskan masa P&P yang mana ada 2 aspek yang perlu dibahagikan iaitu Fokus Utama    (set induksi, langkah2 dan penutup)dan Fokus Sampingan (Aktiviti dan Pengayaan).

2. Aktiviti Pengayaan ada 2 jenis iaitu Progresif bagi murid yang A dan Vertical@Menegak bagi murid yang A++( genius)

3. Penilaian murid mestilah 30% kefahaman, 30% Penyelesaian, 30% Penghayatan, dan 10% Kreativiti dan Inovatif. Bagi murid pemulihan aras mereka hanya stage pertama dan kedua sahaja tak perlu sampai Penghayatan dan seterusnya.

4. Murid Pemulihan perlu ditekan perkara yang basic sahaja iaitu 3M dan objektif ujian perlulah sesuai dan mengikut arasnya sahaja tidak boleh melebihi kemampuan dan kebolehan murid. Jika perkara basic tercapai, itulah kejayaan bagi seorg guru.

5. Teruskan usaha dalam penyediaan portfolio sepanjang berkhidmat agar bukti dan rujukan kita buat masa hadapan. Siap bg idea utk buat MA tesis keberkesanan Portfolio j-qaf lagi tue, bolehlah siapa2 yang nak buat kajian yerr. Bila ada bukti, tiada siapa yang mampu mempertikaikannya lagi, betul x? fikir2kan.

Antara pesanan yang diberikan, jangan lupa solat tahajud, solat dhuha, doa pada Allah untuk Jodoh terbaik, Sentiasa Kreatif dan Inovatif  dalam melakukan sesuatu perkara demi kecemerlangan anak-anak didik.

Cukup sampai di sini sahaja perkongsian saya buat tatapan semua. Semoga dengan usaha yang secebis ini dapat membantu rakan-rakan dan memperolehi manfaat bersama, InsyaAllah.

Fuhhhhhhhhhhh

fuhh..fuhh.. bersawang sudah blogku ini, lama menyepi kini kembali. Dengan tiupan semangat baru, smg sentiasa diberi kekuatan untuk berjihad pena. Teruskan misi  
"MENULIS BUKAN UNTUK MEMBERI TAHU, TETAPI BERUSAHA MENCETUS MAHU, AGAR BERGERAK MENJADI MAMPU,BUKANLAH SEKADAR MENGUMPUL PENGETAHUAN, TETAPI KEUPAYAAN MEMBUKA JALAN... KEMBARA INSAN MENCARI TUHAN."

Khamis, 22 September 2011

Ya Allah

Ya Allahu Ya Rabbi...

Ya Allah Jangan Kau Cuba aku melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila Kau cuba aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allahu Ya Rabbi...

Ya Allah lindungilah diriku dari menjahati menzalimiku
Ya Allah Kau Yang Maha Segala Kaulah pelindung hidup dan matiku.

Ya Allahu Ya Rabbi...

~orang yang hebat akan diuji dengan ujian yang hebat~
>>>BeRsaBaRlaH WaHai HatY<<<
********mood bertabah**********

Selasa, 26 Julai 2011

“ Doa Harian Ramadhan “

“ Doa Harian Ramadhan “

Doa hari – 1

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dan tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku ... Wahai Tuhan sekalian alam!!

Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.

Doa hari – 2

Yaa Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhaan-MU dan jauhkanlah aku dan kemurkaan serta balasan-MU. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua Pengasih!!

Doa hari – 3

Yaa Allah! Berikanlah aku rezki akal dan kewaspadaan. dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah untukku dari segala kebaikan yang KAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!

Doa hari – 4

Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berzikir mengingati-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat.

Doa hari – 5

Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya'- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Doa hari – 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!

Doa hari – 7

Yaa Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku dzikir berupa dzikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq- MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-onang yang sesat.

Doa hari – 8

Yaa Allah! Berilah aku rezki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makanan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-onang mulia, dengan kemuliaan-MU, Wahai tempat berlindung bagi orang-onang yang berharap

Doa hari – 9

Yaa Allah! Sediakanlah untukku sebagian dri rahmat-MU yang luas, dan berikanlah aku petunjuik kepada ajaran- ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-MU yang penuh dengan kecintaan-MU, Wahai harapan orang-orang yang rindu.

Doa hari – 10

Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang- orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-MU dengan ihsan-MU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.

Doa hari – 11

Yaa Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.

Doa hari – 12

Yaa Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana'ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut.

Doa hari – 13

Yaa Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin.

Doa hari – 14

Yaa Allah! Janganlah.Engkau hukum aku, karena kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala' dan malapetaka dengan kemualian-MU, Wahai Kemulian kaum Muslimin.

Doa hari – 15

Yaa Allah! Berilah aku rezki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu'. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut.

Doa hari - 16

Yaa Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan sekalian alam.

Doa hari – 17

Yaa Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada didalam hati seluruh isi alam. Selawat atas Muhammad S.A.W dan keluarganya yang suci.

Doa hari – 18

Yaa Allah! Sedarkanlah aku akan berkat-berkat yang terdapat di saat saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikufi ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.

Doa hari – 19

Yaa Allah! Penuhilah bahagianku dengan berkat-berkatnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari ketenteraman kebaikan- kebaikannya, Wahai Pemberi petunjuk kepada kebenaran yang terang.

Doa hari – 20

Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu'min.

Doa hari – 21

Yaa Allah! berilah aku petunjuk menuju kepada keridhaan- MU. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirehatan, Wahai Pemenuh keperluan orang- orang yang meminta.

Doa hari – 22

Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-MU, turunkan untukku berkat-berkatmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-MU yang luas, Wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Doa hari – 23

Yaa Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.

Doa hari – 24

Yaa Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keredhaan-MU, dan aku berlindung dengan- MU dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan tenhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta.

Doa hari – 25

Yaa Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga hati para Nabi.

Doa hari – 26

Yaa Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar.

Doa hari – 27

Yaa Allah! Rezkikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba- hambanya yang sholeh.

Doa hari – 28

Yaa Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU diantara semua perantara, Wahai Yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.

Doa hari – 29

Yaa Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku Taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dari noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba- hambaNYA yang Mu'min.

Doa hari – 30

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-MU dan keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Muhammad S.A.W dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam

~Ahlan Ya Ramadhan~

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya
selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi
tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada
Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan
mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Apabila
telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan
diikat semua syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :siapa
yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan niscaya akan
diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn
Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang artinya : Siapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan
keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim,
Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang artinya :
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan
penebus apa antara keduanya, dan Jumat kepada Jumat yang sebelumnya merupakan
penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan
kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah,
meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka
aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik
dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah?
Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan
seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau
membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggalkan sunnah maka keluar
daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rassullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Setiap amalan anak Adam baginya
melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah
perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang
menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia
dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang
mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa
lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang
berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila
berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia
gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah,
Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama
menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan
bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh
keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan
menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu
menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam
terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti
mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah
kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah
meninggikan suara apabila bercakap.

maraji:
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-
Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi

Berkongsi Pengalaman

Dalam sedar tak sedar, sudah setahun pulang ke tanah air. Masih lagi teringat ketika mana kapal terbang mahu mendarat di lapangan terbang KLIA kelihatan perbezaan yang sangat ketara yang mana bumi dipenuhi pokok-pokok menghijau, dengan serta merta mengalir air mata kesyukuran yang tidak dapat digambarkan. Wajah mak abah dan keluarga tersayang terbayang-bayang di depan mata. Hanya Tuhan sahaja yang tahu macam mn perasaan ketika itu. Masa berlalu bagaikan semalam baru berlaku, mmg sgt cepat.

Seminggu selepas sampai di teratak tempatku dilahirkan, keluarga sama2 membuat kenduri doa selamat buatku yang baru pulang dari luar negara dengan membawa segulung ijazah yang aku kira amat menggembirakan hati orang tuaku. Inilah rasanya hadiah yang berharga buat ibubapa bilamana melihatkan anaknya berjaya. Setelah dua minggu rehat di rumah, aku telah ditawarkan menjadi guru ganti di sekolah rendah lamaku. Dalam fikiran ketika itu, inilah masanya untuk ku tabur budi buat ank bgsa walaupun sebelum ini mmg tidak pernah berpeluang untuk bekerja. Aku sahut cabaran pertama ini dengan hati yang terbuka. Secara tidak langsung bertemulah aku dengan guru-guru lama yang pernah mengajarku suatu zaman kanak-kanak dahulu. Sedikit sebanyak dapatlah berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar fikiran. Mula2 sekali masuk kls tahun 5 dan disuruh mengjar, alhmdllh mndpt pujian dr PK HEM yang masuk sm kls tue, katanya : pandai awak mengajar. Dalam hati, inilah kali pertama mengajar budak sekolah, syukurlah.. aku yakin semuanya dengan bantuanmu Ya Rabb.

Sepanjang mengajar di sekolah lamaku itu, dapatlah aku tinggal bersama-sama keluarga, saat indah bersama menyambut ramadhan dan raya setelah pulang ke tnh air. Ramadhan di sambut dengan org tersyg terasa sgt indah dengan tarawih di surau dpn rumahku, solat raya pun di situ. Raya tahun lps sgt2 meriah aku rasakan, dengan kunjungan jiran2, kwn2 dan ank murid yang diingati selalu. Kenangan bersama mereka banyak memberi pengalaman dan kenangan yang indah yang tak akan ku lupakan.

Selepas raya aku tidak lagi mengajar, makanya dapatlah jalan2 raya menziarahi rakan2 seperjuangan. Tak lupa juga aku untuk menghadiri kenduri kahwin sahabtku yang sama2 belajar dahulu. Alhmdllh serunya sampai dulu aku tumpang gembira. Ramailah rakan taulan yang jumpa ketika kndr itu berlgsg. Ketika itu aku berjalan raya sampaikan ke jenderak utara, Jerantut. Siap bermalam lagi di sana. Asalnya semua ini bukanlah dirancang namun jodoh pertemuan Allah tetapkan utk bertemu dengan rakan seperjuangan, hmdllh. Setelah puas berjalan raya, aku pun pulang ke rumah utk bersama keluarga yang tercinta.

Selang beberapa minggu aku telah ditawarkan pula untuk mengajar di kls KAFA menggantikan ustazah yang cuti mengerjakan haji ke Baitullah. Sekali lagi aku berpeluang bertemu ustazah2 yang pernah mengajarku suatu ketika dulu. Hari pertama mengajar telah diberi taklifan untuk menjaga pelajar untuk peperiksaan UPKK, alhmdllh aku tempuhi dengan hati yang terbuka walaupun inilah pengalaman pertamaku di situ, namun ku laluinya dengan hati yang tenang. Habis peperiksaan, aku ditugaskan pula untk prgrm akhir tahun yang mn setiap darjah akn menyampaikan lagu nasyid dibawah pimpinanku dan di bantu seorg lg ustzh utk mengawal pljr. Ketika itu aku rasa sgt teruja dan teruji, namun dengan minat dan pengalaman nasyid zaman sekolah dulu dapat jglah aku menjayakan persembahan pelajar itu dengan jayanya, hmdllh.

Awl thn 2011 aku telah dipanggil untuk melapor diri di Kota Kinabalu,Sabah untuk prgrm KPLI-jQAF. Ketika mana keputusan keluar di lmn web, dengan telitinya aku membaca keputusan itu dan telah ditempatkan di Sabah. Dengan perasaan terharu dan hibanya aku menjerit dan terus ke arah mak dan abah untuk memberitahu keputusan itu. Linangan airmata di sambut hiba mengenangkan rezki ku yang bakal merantau buat kali kedua. Dalam hatiku ini terasa berat juga mahu meninggalkan keluarga, namun ku pasrah kerana aku tahu Allah sebaik-baik perancangan. Hanya beberapa bln bersama keluarga dan kini aku terpisah pula di seberang laut memikul amanah yg telah diberikan. Jika difikir2kan ada hikmah sebelum ini aku mengajar di sekolah lamaku yang mana setiap hari boleh bersama keluarga, rupa-rupanya aku bakal ditaklifkan berjauhan pula setelah mengharungi saat2 indah bersama keluarga. "kadang2 Allah hilangkan kita matahari dan didatangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari di mana matahari, rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah." InsyaAlah suatu hari nnti pelangi yang indah akn muncul dlm hdpku.amieen...